Artikel

Australia Tepati Janji – Umum Naikkan Gaji Minimum Sekitar 5.2%

Memahami kesukaran penduduk berdepan lonjakan kos sara hidup ketika ini, disebabkan paras inflasi – Australia kelak mengambil keputusan untuk menaikkan tahap gaji minimum pekerja negara mereka sekitar 5.2%.

Tahukah anda, kenaikan gaji oleh Suruhanjaya Kerja Adil itu akan membawa kepada perolehan lebih RM65 (AUS$21.38) per jam kepada para pekerja. Ia bermakna sekiranya pekerja bertugas selama 8 jam, ini akan menghasilkan pulangan lebih RM500 sehari.

Malah dengan adanya pelaksanaan ini, ia sekaligus megurangkan jurang gaji antara lelaki dan wanita sebanyak 22.8%.

Seterusnya usaha itu diiperhatikan bertepatan dengan situasi pengguna yang terpaksa berdepan kadar inflasi yang tinggi buat masa ini. Lebih parah, paras inflasi dijangka akan mencecah sekitar 7% menjelang akhir tahun ini pada negara mereka.