Artikel

TNB Peruntuk Lebih RM500 Juta – Perkukuhkan Bekalan Elektrik Buat Pulau Pinang

TNB, Tenaga Nasional Berhad kelak akan membangunkan penyambungan terus bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang. Ini akan melibatkan projek menara penghantaran monopole sepanjang 8.5km yang bakal menghubungkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Stesen Janakuasa (SJ) Perai ke PMU The Light di Pulau Pinang, dibina selari dengan jambatan Pulau Pinang.

Melalui tindakan itu, dijangka usaha ini akan menelan perbelanjaan lebih RM500 juta dan disasar selesai menjelang hujung 2024.

Menurut Ketua Pegawai Grid TNB Datuk Husaini Husin langkah penyambungan bekalan elektrik melalui penghantaran talian atas dari Semenanjung itu dilihat akan mengukuhkan status elektrik negeri tersebut.

Buat pengetahuan umum, adanya pelaksanaan ini ia bertujuan membantu menyokong bekalan tenaga supaya ekonomi negeri dapat mengekalkan momentum pemulihan dari semasa ke semasa.

Ia juga bagi memastikan kapasiti sistem bekalan sedia ada tidak terjejas apabila satu-satunya stesen janaelektrik (SJ) di pulau berkenaan iaitu SJ Gelugor dengan kapasiti penjanaan 300MW.

TNB turut memberi jaminan segala aktiviti tidak akan memberi kesan kepada persekitaran, sejajar dengan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang telah dijalankan secara terperinci.