Artikel

Harga Ubat-Ubatan Mungkin Naik Sehingga 7%

Selain harga bekalan makanan dan keperluan lain, ternyata bekalan ubat negara juga turut akan alami peningkatan harga pada tahun ini.

Di mana harga ubat dijangka naik antara 5% hingga 7%.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Duopharma Biotech kenaikan ini berlaku susulan kenaikan bahan inport bagi proses penghasilan ubat-ubatan tersebut. Tidak hanya itu, ia turut didorong akan ketidaktentuan ringgit dan kenaikan kos logistik.

Turut difahamkan kenaikan ini telah tercetus sejak tahun 2020 lagi, akan tetapi situasi persekitaran pasaran ketika ini tiada pelarasan harga yang seimbang untuk jualan.

Bagi melandaikan kembali paras harga ubat, pihak berkuasa perlu menyelaraskan kenaikan logistik di masa hadapan untuk menampung simpanan serta pengeluaran stok.