Artikel

16 Jun 1988 – Keistimewaan Perdagangan Malaysia-AS Cuba Digugat

Untuk pengetahuan pembaca, pada tahun 2019, Malaysia telah diiktiraf sebagai negara dagangan ke-25 dunia dan tersenarai sebagai pengeksport dan pengimport terbesar ke-26 oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Negara kita juga memang dikenali dengan mesra dagangan ke lebih 120 buah negara.

Namun sebelum berjaya di sektor ini, sebuah peristiwa berkaitan perdagangan di Malaysia telah berlaku pada tanggal 16 Jun 1988. Dr V. David selaku Setiausaha Agung Perdagangan Malaysia Kongres Kesatuan (MTUC) telah cuba mendapatkan organisasi buruh Amerika untuk melakukan petisyen. 

Tujuan petisyen itu adalah untuk Kerajaan Amerika Syarikat menarik semula keistimewaan perdagangan yang diberikan kepada Malaysia di bawah Sistem Am Keutamaan (GSP). V. David yang pada awalnya menafikan perbuatan tersebut, kemudian akui kesilapannya.

Selari dengan itu, Menteri Buruh (Menteri Sumber Manusia) ketika itu Lee Kim Sai, menyatakan yang David telah bersedia untuk memperbetulkan perkara yang dilakukan.

Hal ini kerana, tindakan David boleh memberikan kesan buruk terhadap ratusan syarikat dan ribuan pekerja di Malaysia.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan penulis, tiada sebarang bukti mahupun sebab disebalik tindakan itu. Dan ia dianggap sebagai satu kesilapan tanpa sebarang penjelasan yang lanjut.  

Namun demikian, sejarah ini membuatkan perdagangan di Malaysia merupakan salah satu sumber ekonomi terpenting buat negara. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah dagangan Malaysia merekodkan pertumbuhan dua angka 27.3 peratus tahun ke tahun pada Mac 2022 untuk mencapai nilai tertinggi baharu RM236.6 bilion. Peningkatan eksport yang disumbangkan daripada Amerika Syarikat adalah sebanyak RM1.3 bilion.

Apa yang dapat dilihat, jika Kerajaan Amerika Syarikat menarik semula keistimewaan dagangan pada tahun 1988, ekonomi Malaysia semestinya akan terkesan.