Datasonic Group, firma penyelesaian teknologi berasaskan keselamatan kini menerima kontrak berjumlah RM9.66 juta daripada Perkeso – Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk tujuan khidmat pembangunan hab analisis data pada Sistem Insurans Pekerjaan.
Kenyataan bersama Bursa ini, memperlihatkan anak syarikatnya iaitu Datasonic Technologies telah menerima surat perolehan pada 10 Jun lalu dari Perkeso. Adanya usahasama ini, ia berpotensi memberi sumbangan positif pada pertumbuhan Datasonic serta status kewangan setelah penamatan kontrak dicapai.
Berdasarkan tindakan tersebut, kontrak 5 tahun ini akan bermula pada 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2027 kelak.
Selain Perkeso, Datasonic sebelum turut berjaya meraih kontrak bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan nilai RM39.75 juta, bagi tujuan khidmat penyelenggaraan pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).