Artikel

Kerajaan Tanggung RM140 Juta – Subsidi Tambang Percuma Sebulan RapidKL

Ternyata disebalik penawaran kemudahan yang diberikan kerajaan kepada orang awam, sudah pasti kos disebaliknya terpaksa ditanggung negara.

Buat pengetahuan umum sekitar RM140 juta subsidi sempena pemberian tambang percuma bagi kemudahan RapidKL selama  sebulan, kini dibawah tanggungan kerajaan.

Selain tanggungan tersebut, kerajaan juga turut menanggung subsidi sebanyak RM15 juta ke atas penawaran khidmat percuma pada KTM Lembah Klang selama 1 bulan juga.

Mengikut laporan FMT, adanya penampungan kos tersebut, Perdana Menteri Ismail Sabri menyasarkan usaha ini dapat mengurangkan kesesakan yang didepani para pengguna di laluan trafik kenderaan dan ini akan mengalakkan orang awam menggunakan khidmat pengangkutan negara.