Artikel

Sarawak Rancang Miliki 10,000 Ahli Teknologi Menjelang 2025

Untuk memastikan arena ekonomi negeri terus membangun pesat, industri teknologi digital wajar diperkasa – terbaharu Sarawak kini merancang memiliki sekitar 10,000 ahli teknologi bertauliah menjelang tahun 2025 kelak.

Sasaran itu menurut Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) adalah seiring dengan visi Sarawak untuk memiliki status negeri maju pada tahun 2030. Langkah ini tidak hanya membantu pasaran buruh negeri tetapi turut merancakkan lagi penerimaan pelaburan baharu.

Ini kerana tindakan untuk menggalakan kemasukan pelaburan memerlukan kriteria tauliah pada bakat industri negara.

Perancangan itu dikongsikan ketika SMA telah memeterai kesepakatan MoU bersama Pesatuan Juruteknik dan Juruteknologi Profesional Kuching (APTT) bagi langkah memperkayakan bakat mahir industri negara.