Artikel

Felda Sasar Tanam Jagung Seluas 3,700 Hektar

Bagi memastikan isu kenaikan harga bekalan makanan ternakan dapat dibendung, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersama FGV Holdings Berhad kini mengatur rancangan, membentuk pelan tanaman jagung bijan seluas 3,700 hektar.

Usaha itu dilihat dapat membantu matlamat kerajaan, di mana dapat menyumbang 5% bagi pengurangan kebergantungan kepada bekalan import jagung bijan.

Ia sekaligus dapat melaraskan semula harga pasaran bekalan. Setakat ini tindakan tersebut masih diteliti dan penyelesaiannya akan diperincikan dari semasa ke semasa kelak.