Seiring dengan pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 pada hari ini (16 Jun) di stesen MRT Kampung Batu – Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri kini mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam percuma selama 1 bulan kepada orang awam.
Penawaran percuma yang bermula pada hari ini itu akan melibatkan pengangkutan awam MRT, LRT, BRT, Monorel dan bas RapidKL.
Sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya fasa 1, saya sukacita mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan. pic.twitter.com/4gW7imnOfp
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) June 16, 2022
Menerusi makluman itu, djangka jumlah penumpang harian bagi MRT akan meningkat lebihi 104,000 penumpang.
Bagi Laluan MRT Putrajaya Fasa 1 itu, terdapat 20 set tren akan tersedia dan membolehkan muatan kapasiti seramai 1,200 penumpang dan terdapat 13 laluan bas perantara turut akan mula beroperasi. Bas-bas itu akan memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiaran stesen, seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong dan Bandar Baru Selayang.
Tidak hanya itu terdapat juga kemudahan ‘park and ride’ di 7 stesen dengan menyediakan lebih 2,8000 petak tempat letak kenderaan buat penggunaan orang awam.