Artikel

Laluan MRT Putrajaya Fasa 1 – Mula Beroperasi Jam 3 Petang, Pada Hari Ini

Bermula hari ini (16 Jun), laluan MRT Putrajaya Fasa 1 yang menghubungkan kawasan dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu akan diaktifkan buat penggunaan orang awam pada jam 3 petang kelak.

Laluan sepanjang 17.5km itu untuk makluman umum akan melibatkan pembukaan 9 stesen baharu dan 3 stesen asal yang sebahagiannya daripada laluan MRT Kajang. Ianya terdiri daripada;

  • Kwasa Damansara
  • Kampung Selamat
  • Sungai Buloh
  • Damansara Damai
  • Sri Damansara Barat
  • Sri Damansara Sentral
  • Sri Damansara Timur
  • Metro Prima
  • Kepong Baru
  • Jinjang
  • Sri Delima
  • Kampung Batu

Bagi Laluan Fasa 1 ini, terdapat 20 set tren akan tersedia dan membolehkan muatan kapasiti seramai 1,200 penumpang dan terdapat 13 laluan bas perantara turut akan mula beroperasi. Bas-bas itu akan memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiaran stesen, seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong dan Bandar Baru Selayang.

Tidak hanya itu terdapat juga kemudahan ‘park and ride’ di 7 stesen dengan menyediakan lebih 2,8000 petak tempat letak kenderaan buat penggunaan orang awam.

Menerusi perluasan ini, ia dilihat beruapaya meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang. Sementara untuk laluan Fasa 2 pula kini dimaklumkan telah tersedia 98% dan dijangka bakal beroperasi seawal Januari 2023 kelak.