Artikel

Seramai 9,696 Calon Perolehi Keputusan Cemerlang SPM 2021 – KPM

Jika tahun 2020 memaparkan seramai 9,411 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi keputusan yang cemerlang pada semua subjek mata pelajaran – kini SPM 2021 pula merekodkan seramai 9,696 pelajar cemerlang, rekod ini lebih tinggi dengan peratusan 2.54%.

Mengikut sidang maya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini (16 Jun) secara keseluruhan pada 382,156 SPM 2021 – sekurang-kurangnya 129,796 calon (55.29%) telah lulus untuk semua mata pelajaran.

Sementara bagi Gred Purata Nasional (GPN) pula secara jelas, pencapaian calon patun 2021 lebih tinggi berbanding SPM 2020 dengan berjaya mencatatkan paras 4.86 mata.

Buat pengetahuan umum, pelaksanaan SPM 2021 telah dilakukan pada 2 sesi iaitu bagi sesi pertama pada 8 Februari hingga 29 Mac 2022 dan sesi kedua pula pada 5 April sehingga 19 Mei 2022.