Reuters Institute for Study of Journalism (RISJ) kini telah mengeluarkan laporan tahunan Digital News 2022, sekaligus berkongsi sejumlah data berkaitan kewartawanan dan juga berita di pelbagai negara, termasuk di Malaysia.
Mengikut data yang dikongsikan, ia kini didapati lebih ramai bergantung secara atas-talian untuk mendapatkan berita – iaitu sekitar 89%.
Rangkaian media sosial turut memperlihatkan menjadi sumber rujukan utama. Apa yang menariknya, kadar orang ramai mendapatkan berita melalui kaca televisyen kekal konsisten untuk lima tahun kebelakangan, iaitu dari 57% pada 2017, ke 51% pada 2022 – memperlihatkan tiada perubahan yang drastik.
Apa pun, untuk media cetak, ia memperlihatkan penurunan ketara. Pada tahun 2017, sekitar 45% pengguna mendapatkan berita melalui media cetak, tetapi kini ia telah menurun kepada 17%.