Artikel

15 Jun 1983 – Citibank Pulau Pinang Dirompak, Lesap $700,000 Tunai

Buat pertama kali dalam sejarah hari ini pada tahun 1983 telah berlakunya perompakan terbesar di Citibank Jalan Aman Shah, Pulau Pinang. 

Kejadian itu bermula dengan tiga lelaki bertopeng yang dilengkapi dengan senjata memasuki bank menerusi pintu sisi kemudian menumbuk pegawal kesemalatan dan terus menuju ke pejabat utama. 

Ketiga-tiga perompak itu kemudian mengosongkan wang tunai yang berjumlah $700,000 sebelum melarikan diri dengan kereta yang dipandu oleh rakan sejenayah. Kira-kira $500,000 hasil tangkapan itu adalah daripada senarai gaji pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Butterworth.

Bukan sekadar itu, kumpulan itu juga dipercayai bertanggungjawab terhadap kesemua enam rompakan bank di Pulau Pinang sejak April tahun sebelumnya di mana sejumlah $1.3 juta telah dicuri. Antara fakta lain, kumpulan itu dipercayai berpangkalan di Thailand.

Pada tahun 2019, sebuah rompakan telah berlaku di Pulau Pinang sekali lagi. Dua lelaki telah melarikan sebuah bag yang mengandungi wang berjumlah RM231,000 yang dibawa oleh pekerja syarikat kawalan keselamatan di hadapan sebuah bank. Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek telah berjaya ditahan beberapa minggu selepas kejadian. Sebelum ditangkap, suspek sempat membeli tiga buah motosikal secara tunai berjumlah RM35,000 menggunakann wang samun.