Jabatan Perangkaan Malaysia kini dilihat menyediakan sebuah halaman khusus dinamakan Kawasanku, membolehkan orang ramai mengakses sejumlah data demografi mengikut lokasi dan kawasan dengan mudah.
Kawasanku beroperasi sebagai sebuah dashboard ringkas, membolehkaan rakyat, penggubal dasar dan komuniti antarabangsa mengakses data dari Banci Penduduk 2020 yang lepas dalam kaedah tersusun mengikut kategori.
Data yang boleh dilihat adalah termasuk berkaitan populasi, perbandingan sesuatu kawasan mengikut data purata, taburan ekonomi, dan sebagainya.
Data ini juga sangat berguna bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan dan pemasaran supaya dapat menyasarkan produk mereka dengan lebih baik lagi.
Bagi yang berminat, boleh merujuk laman Kawasanku hari ini, dan mengakses pelbagai data ini secara percuma.