Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bakal menguatkuasa kod etika baharu dalam pengiklanan, sekaligus melarang sebarang salah guna dan gimik pemasaran yang menggunakan elemen dan unsur agama bagi melariskan produk.
Perubahan ini dijangka akan dikuat-kuasa pada tahun ini. Pada hari ini, terdapat beberapa produk yang dipasarkan sebagai “dibacakan ayat al-Quran”, “mesra wuduk” dan sebagainya – yang boleh mengelirukan pengguna.
Larangan ini akan terpakai untuk semua agama, dan bukan agama Islam sahaja. Larangan ini adalah lebih kepada mengelak dakwaan atau tuntutan yang mengelirukan atau memperdaya pembeli dengan dakwaan agama.
Orang ramai juga diminta untuk menghentikan penggunaan agama sebagai gimik pemasaaran dalam menarik pelanggan atau melariskan jualan.