Nilai Bitcoin memperlihatkan penurunan mendadak pada minggu ini, dan hari ini ia mencatatkan nilai dibawah RM90,000.
Selain Bitcoin, pelbagai kriptowang lain turut memperlihatkan penurunan mendadak – selari gerakan menurun yang disaksikan pada Bitcoin.

Penurunan ini dikatakan disebabkan oleh kesan makroekonomi dan juga inflasi. Secara keseluruhan, kini nilai keseluruhan kriptowang adalah sekitar $900 bilion – memperlihatkan penurunan drastik dimana suatu ketika dahulu ia menghampiri nilai $3 bilion.