Artikel

RON97 Naik 11 Sen – Kini Harga Cecah RM4.83 Seliter

Mengikut penetapan harga runcit produk petroleum mingguan terbaru, untuk tempoh 16 Jun hingga 22 Jun 2022 kelak, ternyata kenaikan terus berlaku pada penggunaan minyak RON97 – kini naik 11 sen.

Ini bermakna dalam tempoh tersebut RON97 di paras harga RM4.83 seliter terus tinggi, sementara RON95 pula kekal di paras siling dengan RM2.05 seliter serta Diesel di paras RM2.15 seliter.

Untuk makluman kenaikan RON97 ini adalah didorong hasil tinjauan pasaran semasa. Kerajaan akan terus mengekalkan komitmen pemantauan harga minyak dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan awam terus terpelihara.