Artikel

GSC Disaman RM45,000 Kerana Mencatut Harga Jualan Air Mineral Dan Keropok Kentang

Golden Screen Cinema atau GSC, kini dilaporkan didenda sebanyak RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen di Melaka, atas kesalahan mencatut atau menjual sesuatu barangan pada harga yang tinggi.

Dua barangan yang diperkatakan adalah air mineral 600ml jenama Spritzer yang dijual pada harga RM3.30 (peningkatan keuntungan sebanyak 0.97%), selain keropok kentang Mister Potato 75gm pada harga RM5 (peningkatan keuntungan sebanyak 1.23%).

GSC dikatakan melakukan kesalahan berkenaan pada Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka.

Denda sebanyak RM45,000 dikenakan mahkamah selepas pihak tertuduh meminta mahkamah jatuhkan hukuman ringan dengan aasan ia merupakan kesalahan kali pertama, dan ia adalah lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.