Perdagangan merupakan salah satu sumber ekonomi yang penting di Malaysia, ia membantu memperluaskan lagi hasil negara dan bantu membangunkan pertumbuhan. Selain daripada memberi kesan kepada ekonomi domestik, ia juga mempengaruhi kehidupan seharian dalam pelbagai aspek tanpa kita sedari.
Hari ini pada tahun 1993, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menghadiri Mesyuarat Agung Antarabangsa Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (International General Meeting of the Pacific Basin Economic Council) di Washington DC.
Sewaktu mesyuarat berlangsung, beliau menyatakan yang dunia harus menjadi pasaran tunggal dan blok perdangangan. Selain itu, lebih 700 eksekutif dan pegawai tertinggi menjadikan globalisme terbuka sebagai pilihan pertama buat mereka.
Menurut Mahathir Mohamad lagi, meskipun perdagangan bebas masih tidak sempurna namun, ia adalah cara terbaik untuk memastikan ekonomi negara terus meningkat.
Ini adalah untuk memperjuangkan sistem perdagangan global pelbagai hala dan terbuka yang Malaysia anjurkan untuk membentuk Kokus Ekonomi Asia Timur.
*Kokus – Mesyuarat ahli sesuatu parti politik untuk menamakan calon suatu jawatan atau memutuskan suatu polisi
Tidak hanya itu, dalam mesyuarat juga ada menyatakan tentang perbezaan di Eropah dan di negara lain. Dengan terbentuknya Penyatuan Asia Timur yang dipacu oleh pasaran dan perniagaan, ia juga sekaligus menggalakkan perjuangan kedaerahan terbuka antara beberapa negara.
Untuk pengetahuan pembaca, kini Malaysia antara negara yang mesra dagangan di dunia dengan mengeksport ke lebih 120 negara dan wilayah di seluruh dunia.