LHDN, Lembaga Hasil Dalam Negeri pada makluman hari ini (14 Jun) telah mengenalpasti bahawa terdapat sejumlah 31,598 pengelak cukai yang enggan melaporakan pendapatan mereka.
Pengelak cukai ini terdiri daripada kumpulan individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain. Ini perincian jumlah pihak yang terlibat;
Buat pengetahuan umum, pengesanan jumlah ini mengambil kira maklumat melalui pemilikan aset dan kemampuan entiti untuk mengambil pinjaman/sekuriti lemebihi RM500,000 dan ke atas.
Susulan tindakan kumpulan ini, mengikut analisa LHDN, negara mengalami amaun ketirisan cukai langsung sekitar RM655 juta. Sekiranya isu ini berterusan ia akan memberi impak yang negatif pada kestabilan ekonomi tempatan.
Maka untuk mengelakkan situasi ini, LHDN telah mengambil beberapa pendekatan antara menyeru kumpulan terlibat untuk tampil secara sukarela ke cawangan HASiL yang berhampiran untuk failkan cukai dan laporkan pendapatan bagi tempoh sebulan – bermula 15 Jun hingga 15 Julai 2022.
Jika masih gagal tampil mengemukakan laporan pendapatan – LHDN memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas pengelak cukai.