Kini terdapat kemungkinan untuk Johor kembali semula kepada pelaksanaan cuti hari minggunya kepada Sabtu dan Ahad.
Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, pada laporan TheStar – semakan tersebut berpotensi dilakukan, untuk melihat keutamaan ibubapa dan anak-anak penduduk negeri supaya dapat memiliki waktu cuti yang sama.
Untuk makluman ketika ini Johor menerapkan cuti minggunya pada hari Jumaat dan Sabtu buat penjawat awam dan pelajar sekolah. Sementara entiti swasta pula diberi pilihan menawarkan cuti mingguan pada hari Sabtu dan Ahad.
Perbezaan waktu cuti ini dilihat ternyata menganggu institusi kekeluarga untuk beriadah.
Selain Johor, negeri lain yang turut menetapkan cuti mingguan mereka pada Jumaat dan Sabtu adalah negeri Kedah, Kelantan serta Terengganu.