Artikel

Lebih 276,000 Individu Di Malaysia – Kini Diisytiharkan Bankrap

Walaupun ekonomi dunia dan Malaysia telah dibuka semula, namun ia masih memerlukan suatu tempoh yang panjang buat semua pihak untuk membina kembali pendapatan dan kerjaya mereka. Akan tetapi, tetap ada yang tersungkur dan bankrap pada tahun ini.

Berdasarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sehingga April 2022, sekitar 276,295 individu yang didaftar kes kini telah diisytiharkan bankrap. Mengikut tahunan jumlah muflis bagi tahun 2022 setakat April telah mengalami penurunan, mencatatkan 2,308 kes bankrap – jauh lebih rendah berbanding data 2018 dengan angka 16,482 bankrap.

Sementara ini pula data bagi perincian sebab utama mengapa individu di Malaysia bankrap pada data April 2022;

  • Pinjaman Peribadi – seramai 1,083 individu bankrap
  • Pinjaman Perniagaan – seramai 460 individu bankrap
  • Pinjaman Perumahan – seramai 219 individu bankrap
  • Sewabeli Kenderaan – seramai 189 individu bankrap
  • Hutang Kad Kredit – seramai 108 individu bankrap
  • Keberhutangan Lain – seramai 83 individu bankrap
  • Hutang Cukai Pendapatan – seramai 59 individu bankrap
  • Penjamin Korporat – seramai 56 individu bankrap
  • Caruman KWSP – seramai 47 individu bankrap
  • Biasiswa/Pinjaman Pelajaran – seramai 4 individu bankrap

Manakala ini pula perincian individu bankrap mengikut peringkat umur, jantina dan bangsa bagi data 2018 hingga April 2022;

Dan mengikut negeri pula, jelas menunjukkan orang Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor Bharu mencatatkan peningkatan pada jumlah individu bankrap di Malaysia.