Artikel

Ini Fungsi-Fungsi ShopeePay Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Tahukah anda, mengikut data Laporan PayNet 2022 menakrifkan penggunaan dompet digital negara telah meningkat melebihi 131% sejak tahun 2020? Kehadiran dompet digital pada pasaran Malaysia ternyata telah mengubah dinamik jualan negara dan tingkah laku pengguna bagi pembelian secara atas talian. 

Peningkatan itu berlaku setelah aktiviti ekonomi menjadi terhad disebabkan pandemik COVID-19 dalam tempoh 2 tahun. Ini mengakibatkan kebanyakan perniagaan mula beralih ke kaedah pembayaran dompet digital untuk memudahkan permintaan pengguna dapat dipenuhi. Maka disinilah bermulanya peranan Shopee melalui ShopeePay – untuk membantu pengguna mengatur langkah perbelanjaan mereka menjadi lebih mudah, selamat dan bijak.

Jadi apa yang menarik pada penggunaan ShopeePay ini?

Pembayaran Secara Imbasan Kod QR

Sejak diperkenalkan pada September 2019, ShopeePay dilihat menjadi suatu komponen yang menarik pada persaingan dompet digital negara. Di mana, untuk pasaran Malaysia sahaja terdapat 38 penyedia dompet digital dikenalpasti pada tinjauan Malaysia Fintech 2021.

Melalui ciri pembayaran di ShopeePay, pengguna boleh melakukan transaksi secara menyeluruh. Erti kata mudah, ia tidak hanya tertakluk kepada penggunaan bayaran pada e-dagang Shopee tetapi turut membuka akses kepada pengguna melaksanakan pembayaran di luar talian – menerusi imbasan kod QR.

Lebih menarik, pengguna juga tidak terikat untuk klik pada perbankan internet ketika melakukan pembayaran. Sekadar perlu memastikan segmen tambah-nilai pada ShopeePay dilaksanakan dari semasa ke semasa melalui ciri ‘Top-Up’.

Pengguna Boleh Pindahkan Atau Meminta Wang Bersama Pihak Ketiga Secara Mudah

Buat pengetahuan umum, tidak semua penyedia dompet digital memiliki kelebihan dalam ‘pindahkan’ serta ‘meminta’ dana kepada pihak ketiga. Namun tiada yang mustahil pada ShopeePay, apabila turut memudahkan pengguna melaksanakan pemindahan wang menerusi ciri ‘Transfer’ dan meminta wang melalui ciri ‘Request’.

Untuk melayakkan pengguna memiliki manfaat ciri ini, pengguna perlu memastikan akaun ShopeePay anda adalah aktif dan menerima butang pemindahan (Transfer) dan meminta (Request) pada aplikasi. Bagi tujuan pemindahan wang, pengguna sekurang-kurangnya perlu laksanakan peralihan wang minimum RM1 kepada akaun ShopeePay yang anda inginkan.

Menariknya bagi setiap pelaksanaan transaksi pada ciri ini, pengguna bakal memiliki sehingga 2.4 juta Shopee Coins untuk kegunaan penjimatan berganda. Tambahan lagi, pengguna yang membuat transaksi tertinggi sepanjang tempoh kempen berpeluang memenangi hadiah sehingga RM10,000.

ShopeePay Turut Tawar Kemudahan Pengeluaran Wang Ke Perbankan Anda

Tidak hanya perkongsian wang, ShopeePay turut bijak meluaskan penawaran produk aplikasi mereka dengan menawarkan  ciri pengeluaran wang atau withdrawal ke perbankan anda. 

Ciri ini memiliki sokongan keselamatan yang tinggi buat pengguna, bagi melindungi maklumat perbankan mereka. Caranya mudah, pengguna perlu menyertakan pilihan perbankan, nombor akaun bank serta nama penuh pengguna. 

Kemudahan ciri ini walaubagaimanapun memiliki tempoh tertentu untuk diselesaikan. Pengeluaran wang ke perbankan dapat diselesaikan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari waktu bekerja. Para pengguna juga perlu memahami segala sesi peralihan dana tidak akan berlaku ketika hari minggu. 

Maka dengan adanya penjelasan penggunaan ShopeePay, ia secara ketara tidak hanya memudahkan pengguna menikmati kaedah pembayaran yang mudah pada platform e-dagang Shopee, tetapi turut meluaskan kemudahan pembayaran pengguna di luar talian. Paling utama, segala pulangan atau pemindahan dana akan sentiasa menjadi keutamaan ShopeePay, dalam memastikan keselamatan data pengguna terus terjamin.

Penafian: Advertorial Dari ShopeePay Malaysia