Artikel

Nilai Bitcoin Jatuh Dibawah RM95k

Nilai Bitcoin kini memperlihatkan kejatuhan mendadak dalam tempoh beberapa hari sahaja. Selepas mencatatkan penurunan, kini nilai Bitcoin jatuh dibawah RM100k.

Sebelum ini, pada tahun lepas, nilai Bitcoin mencapai hampir RM300k, dan kini selang setahun, nilainya jatuh dibawah RM100k.

Kejatuhan nilai ini dikaitkan dengan faktor makroekonomi, termasuk inflasi.

Disebabkan oleh ini juga, pelbagai kriptowang lain turut mencatatkan kejatuhan nilai. Secara keseluruhan, pasaran kriptowang sendiri kini jatuh dibawah nilai $1 trilion.