Percambahan industri kenderaan elektrik (EV) Malaysia wajar menjadi tumpuan semua pihak. Oleh itu, pelaksanaan pelbagai dasar baharu dilihat berpotensi mengukuhkan industri EV negara.
Kenyataan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini (13 Jun) ini secara jelas ingin menggalakan infrastruktur EV negara berkembang. Pada masa ini, industri negara kekurangan infrastruktur bagi menyokong teknologi EV. Maka keperluan ekosistem yang mencukupi yang akan menyokong penggunaan EV di masa hadapan.
Seiring dengan matlamat lestari, Malaysia perlu mempergiatkan kajian mendalam untuk melaksanakan lebih banyak lagi infrastruktur EV. Khususnya menampilkan banyak lagi stesen pengecasan di tempat awam, pusat membeli-belah, lebuh raya serta mencari alternatif terbaik pada penyelesaian pelupusan bateri lama.