Tahun 2022 ternyata memperlihatkan banyak bandar utama di negara Asia mencatatkan peningkatan kos sara hidup dan menjadi antara lokasi paling mahal didiami oleh pekerja asing dan ekspatriat.
Berdasarkan tinjauan ECA International pada minggu lalu, terdapat 5 bandar Asia tersenarai pada kedudukan 10 bandar termahal di dunia. Antaranya adalah Hong Kong (1), Tokyo (5), Shanghai (8), Guangzhou (9) dan Seoul (10).
Melihat pada kedudukan itu, Hong Kong terus mengekalkan kedudukan status bandar mahalnya selama 3 kali berturut-turut. Sementara Tokyo pula mengalami penurunan kedudukan, tahun 2021 ditangga kedua dunia.
Manakala menyingkap kedudukan bandar di negara Asia Tenggara pula, Singapura menggulungi carta 20 bandar termahal di dunia – dengan kedudukan ke 13 dari keseluruhan.
Bagi Malaysia pula, telah mengalami kejatuhan 6 tangga kini di kedudukan ke-163. Ia lebih rendah berbanding Bangkok yang kini di kedudukan ke-47, namun jatuh 13 anak tangga.
Untuk makluman, takrifan kos sara hidup bagi setiap bandar di dunia ini, diteliti berdasarkan faktor kos isi rumah. Melibatkan tanggungan perbelanjaan pada kos minyak masak, susu, sewa rumah, utiliti, status mata wang serta pengangkutan awam sesebuah negara.