Artikel

Nilai Bitcoin Jatuh Dibawah RM120,000

Permulaan minggu ini menyaksikan nilai Bitcoin dan pelbagai kriptowang lain jatuh secara mendadak. Terkini, nilai Bitcoin adalah dibawah RM120,000, sementara Ethereum pula adalah sekitar RM6,000.

Bitcoin RM120k

Kejatuhan ini hadir selepas sekian lama Bitcoin bernilai sekitar hampir RM140,000 ke RM150,000 sebelum ini.

Disebabkan kejatuhan nilai Bitcoin ini juga, pelbagai kriptowang alternatif turut memperlihatkan kejatuhan mendadak.

Secara keseluruhan, pasaran kriptowang kini bernilai sekitar $1.1 trilion.