Artikel

GST Lebih Baik, Namun Ia Membebankan Golongan Pendapatan Rendah – Bank Dunia

Bank Dunia melalui pandangan Ketua Ahli Ekonominya Dr Apurva Sanghi melihat cukai barang dan perkhidmatan (GST) memiliki kelebihan tersendiri kepada manfaat pendapatan kerajaan sesebuah negara.

Ia berpotensi menghasilkan pendapatan dua kali ganda, berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas lebih 170 buah negara. Ini kerana cukai keatas penggunaan sememangnya penting untuk ekonomi negara.

Akan tetapi, perlu disedari setiap kelebihan pasti terdapat kekurangannya. Di mana pelaksanaan GST akan memberi tekanan lebih besar kepada kumpulan berpendapatan rendah berbanding golongan atasan.

Maka saranan meningkatkan perbelanjaan secara bersasar untuk kumpulan yang terkesan disebabkan GST, wajar diutamakan selain meningkatkan kecekapan tuntutan balik cukai. Adanya langkah ini, ia dapat menyeimbangkan kesukaran perbelanjaan yang didepani pelbagai pihak.