Artikel

Kerajaan Berupaya Jana RM10 Bilion Tahun Ini – Melalui Sokongan Cukai Makmur

Ternyata kerajaan Malaysia kini memiliki potensi untuk memperolehi pendapatan sehingga RM10 blion pada tahun ini, 2022 – berikutan pelaksanaan Cukai Makmur yang telah diterapkan negara ke atas tidak lebih 250 buah syarikat.

Pertambahan itu dilaporkan akan melibatkan sehingga 15% lebih tinggi daripada kutipan cukai korporat yang dicatatkan pada 2019 sekitar RM63.75 bilion dan hingga 20% lebih tinggi berbanding cukai yang dikutip pada 2020 iaitu RM50 bilion. 

Oleh itu, adanya sokongan Cukai Makmur ia berupaya memberi tambahan pendapatan kepada kerajaan sekitar RM3 bilion hingga RM10 bilion pada tahun ini.

Buat pengetahuan umum, pengenaan Cukai Makmur telah dibentangkan pada 29 Oktober ketika Belanjawan 2022 – yang mana mengenakan cukai khas sekali sahaja iaitu 24% kepada syarikat yang memiliki pendapatan bercukai sehingga RM100 juta.

Sementara pendapatan bercukai yang lebihi RM100 juta pula akan dikenakan kadar yang lebih tinggi iaitu sebanyak 33% bagi taksiran 2022.