Berikutan penamatan moratorium Lesen Memandu Malaysia (LLM) tidak lama lagi, para pemegang lesen kini disarankan perbaharui lesen kenderaan sebelum 30 Jun kelak.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) minggu ini telah mengeluarkan kenyataan menggesa tindakan sedemikian dilakukan segera. Sekiranya gagal perbaharui seperti yang ditetapkan, para pemandu dikehendaki mengambil semula ujian untuk mendapatkan lesen semula.
Antara lesen yang terlibat perlu diperbaharui adalah:
- Lesen Belajar Memandu (LDL)
- Lesen Memandu Percubaan (PDL)
- Lesen Memandu Kompeten (CDL)
- Lesen Vokasional (PSV/GDL)
Maka bagi memudahkan pembaharuan lesen, orang awam boleh melaksanakan tindakan tersebut pada kaunter fizikal JPJ, Pejabat Pos Malaysia dan MyEG yang berdekatan. Diharap semua pihak peka akan peringatan ini dan segera memperbaharui lesen memandu anda.