Artikel

Kini, Terdapat Lebih Banyak Kenderaan Berbanding Manusia Di Malaysia

Tidak hairanlah mengapa kesesakan trafik kini menimpa jalan raya negara – apabila setakat 2021 terdapat 33.3 juta kenderaan telah berdaftar di seluruh negara dicatatkan.

Data itu ternyata lebih tinggi berbanding populasi Malaysia 32.7 juta pada tahun ini dan 32.6 juta pada tahun 2021.

Mengikut laporan, tinjauan Dr Kulanthayan K.C. Mani Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia pihaknya melihat situasi ini membimbangkan pertumbuhan negara – di mana populasi kenderaan pada 2019 ialah 31.2 juta. Selepas itu, ia meningkat 1 juta setiap tahun dan pada 2021, ia dicatatkan sebanyak 33.3 juta.

Ini pertama kali angka kenderaan lebih tinggi berbanding populasi penduduk negara.

Daripada angka kenderaan berdaftar tersebut, 47.3% adalah kereta, 46.6% motorsikal, 4.7% pula kenderaan barangan dan selebihnya melibatkan kenderaan pengangkutan.