AirAsia Aviation Group (AAAGL), kini mengesahkan semua syarikat penerbangan dibawahnya sedang menyelesaikan proses permintaan bayaran balik akibat pandemik sebelum ini. Pihaknya menyatakan proses tersebut hampir selesai.
Setakat ini, syarikat di bawah AAAGL telah menyelesaikan 99% pertanyaan pelanggan berkenaan bayaran balik dan akan berusaha menyelesaikan baki 0.8% lagi dalam tempoh terdekat.
Manakala syarikat penerbangan jarak sederhana dan jarak jauh AirAsia X dan Thai AirAsia X juga turut memiliki perancangan untuk melaksanakan bayaran kepada semua pelanggan mereka yang terkesan pada beberapa bulan mendatang.
Menurut Tony Fernandes, AirAsia telah membuat bayaran balik kepada hampir semua pelanggan yang terjejas. Dan majoriti daripada pelanggan difahamkan telah bersetuju untuk menerima bayaran balik menerusi akaun kredit dan pihak penerbangan amat menghargai tindakan tersebut.
Pada masa yang sama, Tony turut menjelaskan masih terdapat kekeliruan yang timbul dalam kalangan pelanggan berhubung pelaksanaan penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group dan AirAsia X serta Thai AirAsia X. Untuk makluman kedua-dua ini adalah entiti berasingan.
Maka pelaksanaan pembayaran semula ke atas penerbangan tersebut juga berbeza, dan diharap pengguna tidak terkeliru akan penjelasan tersebut.