Artikel

Kerajaan Perlu Belanja Lebih RM1 Juta Kos – Jika Sidang Khas RUU Lompat Parti Dilaksanakan

Susulan pergolakan politik negara yang masih lagi tidak stabil, maka terdapat saranan untuk melaksanakan sidang khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) larangan tukar parti ke atas ahli dewan.

Akan tetapi, tahukah anda sekiranya cadangan ini dilaksanakan – dari aspek ekonomi ia menelan perbelanjaan sekitar RM1.07 juta terhadap negara.

Angka tersebut tidak termasuk dengan kos operasi sidang.

Maka Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan usul itu tiada keperluan dan langkah pembentangan hanya akan dilaksanakan pada 18 Julai kelak, iaitu mesyuarat Kedua Penggal Kelima Perlimen Ke-14.