Artikel

Kekayaan 50 Individu Paling Kaya Di Malaysia Kini Merosot – Jatuh 10%

Umum perlu ketahui, terdapat 50 individu paling berpengaruh di Malaysia dan menjadi antara kumpulan terkaya di pasaran Asia.

Akan tetapi, meskipun masih kekal menyandang kedudukan manusia kaya – tinjauan Forbes Asia dapati kumpulan ini telah mengalami kemerosotan kekayaan mereka, jatuh 10% kepada RM355 bilion ($80.5 bilion).

Angka ini lebih rendah berbanding data tahun lalu.

Berdasarkan perincian, ini 5 senarai kumpulan manusia paling kaya di Malaysia bagi tahun 2022;

  1. Tan Sri Robert Kuok – RM48 bilion (kekayaan merosot RM5.6 bilion)
  2. Tan Sri Quek Leng Chan – RM44.4 bilion
  3. Tan Sri Koon Poh Keong dan adik beradik – RM27.2 bilion
  4. Tan Sri Teh Hong Piow – RM25 bilion
  5. Ananda Krishnan – RM22 bilion

Selain itu, apa yang menarik pada senarai ini, kelihatan kemunculan Loi Tuan Ee bersama adik-beradiknya iaitu peneraju tenusu Farm Fresh pada senarai manusia paling kaya di Malaysia buat pertama kalinya dengan nilai kekayaan sekitar RM1.6 bilion ($380 juta) pada kedudukan ke 43 dari 50 keseluruhan.

Buat pengetahuan umum, senarai ini dirangkumkan meliputi data pegangan sahan serta status perolehan kewangan berasaskan laporan tahunan, bursa saham, individu, keluarga serta pengamatan penganalisis.