Sekiranya sebelum ini prestasi aliran pengangguran Malaysia kekal di paras 4.1%, kini ia semakin menurun kepada 3.9% bagi data April 2022 – dengan mencatatkan sekitar 649,300 penganggur.
Angka tersebut menunjukkan terdapat pengurangan 19,900 orang penganggur Malaysia yang telah berjaya memiliki pekerjaan. Ia secara langsung menunjukkan pasaran buruh negara semakin ke arah pemulihan.
Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini juga mendapati sebahagian besar yang menganggur adalah terdiri daripada kumpulan penganggur aktif iaitu mereka yang sentiasa mencari peluang pekerjaan. Seramai 542,900 penganggur aktif (83.6%) telah dikenalpasti.
Manakala lebih terperinci, kadar pengangguran kalangan belia pula iaitu bagi usia 15 tahun hingga 24 tahun telah memaparkan penurunan kepada 357,200 penganggur (12.8%), diikuti belia hingga 30 tahun pula pengangguran 7.7% kepada 501,200 penganggur.
Petunjuk ini secara langsung mengesahkan kadar penduduk bekerja negara semakin meningkat dan positif setakat April 2022.