Bagi memastikan bekalan ayam terus terjamin buat permintaan tempatan, mesyuarat kabinet negara semalam telah bersetuju akan beberapa langkah antaranya mewujudkan simpanan stok ayam untuk jangka masa pendek.
Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pelaksanaan tersebut melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ini akan dilakukan secara terus untuk membantu pasaran komoditi makanan negara.
Buat mana ini, status bekalan makanan negara masih mencukupi untuk menampung permintaan pasaran tempatan. Selain tindakan stok simpanan ayam, kabinet negara turut bersepakat meningkatkan kemudahan pembayaran tuntutan subsidi berjumlah RM157.53 juta kepada penternak kecil dan sederhana.
Langkah itu akan meringankan bebanan pemain industri.
Tidak hanya itu, pelaksanaan semakan semula ke atas tarif elektrik buat sektor agromakanan juga sedang diperhalusi. Langkah ini antara usaha untuk mengurangkan bebanan kos operasi yang didepani pengeluar makanan.