Artikel

Pengguna Malaysia Kini Boleh Bayar Tambang Teksi Singapura, ComfortDelGro – Guna Touch ‘n Go

ComfortDelGro, salah satu pengendali teksi Singapura ketika ini telah meluaskan strategi peniagaan mereka, dengan memberi kemudahan pembayaran kepada pelancong Malaysia serta Korea Selatan.

Di mana pelancong Malaysia kini boleh membayar tambang dengan hanya dompet digital Touch ‘n Go. Sementara pelancong Korea Selatan pula boleh melakukan tindakan sedemikian menggunakan Kakao Pay.

Perkongsian bersama Alipay+ adalah sebahagian usaha memanfaatkan kehadiran pelancong asing ke Singapura. Ini secara langsung mengikut laporan TechCrunch merancakkan penggunaan khidmat pengangkutan awam negara mereka dan menawarkan kemudahan untuk pelancong berbelanja pada pengangkutan awam.

Setakat ini, ComfortDelGro memiliki sekitar 9,000 teksi dan menyokong lebih 20 pilihan pembayaran nirtunai kepada para pengguna.