Artikel

Harga Tambang Tren Skypark Link Kini Turun 65% – Dari RM10 Kepada RM3.50

Skypark Link, khidmat tren di Terminal Sykpark Subang kini telah mengalami perubahan harga tambang kepada para pengguna. Ia menjadi lebih murah dan mesra kepada rakyat Malaysia dengan tawaran RM3.50 bagi laluan KL Sentral ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.

Ini bermakna harga tambang telah mengalami pengurangan 65% dari RM10 kepada RM3.50.

Makluman paras tambang yang lebih kompetatif ini dikongsikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT) Dr. Wee Ka Siong pada pelancaran khidmat tren tersebut pada hari ini (9 Jun).

Selain penurunan harga tambang itu, diskaun konsesi sebanyak 50% ke atas golongan yang layak juga masih terpakai pada perkhidmatan tren.

Adanya usaha ini ia secara langsung akan meningkatkan kapasiti penumpang pada perkhidmatan tren Skypark Link dan menggalakkan juga aktiviti ekonomi pada laluan terlibat kembali rancak.