Artikel

J&T Express Beli Tanah Bernilai RM600 Juta Di Bandar Rimbayu Untuk Pusat Logistik

J&T Express kini mengumumkan mereka telah membeli tanah seluas 30 ekar untuk membangunkan pusat logistik di Malaysia.

Tanah ini terletak di Bandar Rimbayu, sekitar 30 kilometer daripada Pelabuhan Klang.

Dengan langkah pembukaan ini, J&T Express dilihat terus mengukuhkan kedudukan dalam arena logistik di rantau Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia. Pembukaan pusat logistik ini juga dijangka akan membolehkan J&T Express beroperasi dengan lebih efisien di Malaysia – termasuk pengurusan gudang dan penghantaran.