Artikel

RapidKL Sediakan Pelan Perlindungan Hospital Percuma Untuk 50,000 Orang Penumpang

RapidKL kini bekerjasama dengan pihak AIG Malaysia, dan telah pun memperkenalkan Pelan Perlindungan Hospital.

Melalui pelan perlindungan ini, para penumpang RapidKL yang memegang polisi akan terima elaun tunai harian sebanyak RM50 setiap hari jika dimasukkan ke hospital sehingga 14 hari, disebabkan oleh Penyakit Berjangkit Tertentu.

Bersempena pengenalan ini, RaapidKL turut memberikan pelan ini secara percuma kepada 50,000 orang penumpang yang berjaya memohon dan mendaftar melalui aplikasi PULSE bermula 16 Jun 2022 ini – selari pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 1.