Artikel

MSM Runding Bersama Kerajaan – Sedang Teliti Harga Siling Gula Baharu

Sejak 2011, gula menjadi industri bekalan yang memiliki daya tahan tinggi berbanding barangan keperluan dan ia hanya mengalami kenaikan bersih 1 sen sekilogram.

Akan tetapi, susulan kenaikan kos bahan mentah dan muatan sedang berlaku ketika ini, naik sehingga 20% – MSM Malaysia Holdings melihat pertimbangan bersama kerajaan untuk pelaksanaan harga siling gula baharu adalah suatu tindakan yang wajar diperhalusikan.

Setakat ini, rundingan sedang dilaksanakan dan pihak MSM memaklumkan terdapat sokongan positif pada pelaksanaan tersebut. Bagaimanapun makluman tersebut akan dikongsikan dalam masa terdekat.

MSM memahami, sudah pasti terdapat kegusaran dalam kalangan penduduk negara – namun pihaknya memberi jaminan sebarang kenaikan harga gula tidak akan memberi kesan yang besar kepada isi rumah Malaysia. Ini kerana nilai harga gula mentah sentiasa dilindungi pihak pengeluar.