Artikel

Perkeso Keluarkan Hampir RM2 Juta Nilai Kompaun, Ke Atas Majikan Gagal Patuhi Arahan

Sebanyak 5,896 notis kompaun telah dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ke atas para majikan yang gagal mematuhi aturan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Notis sepanjang 2 tahun tersebut dikenakan susulan majikan tidak menjaga kebajikan caruman para pekerja mereka.

Buat pengetahuan umum, tindakan majikan yang melengahkan atau menafikan caruman pekerja adalah satu kesalahan yang besar. Tambahan pelbagai insentif telah disokong oleh pentadbiran negara, menjadikan isu caruman bukan lagi satu bebanan buat majikan yang terlibat.

Perkeso menegaskan langkah mencarum pekerja ini tidak terkecuali untuk mana-mana majikan, meskipun hanya menggaji seorang pekerja sahaja. Bahkan industri ekonomi gig seperti rakan penghantar juga perlu menerima manfaat yang sama, walaupun ekosistem pekerjaan tersebut disifatkan sebagai pekerja sampingan.