Artikel

Harga Minyak Naik Lagi – RON97 Kini RM4.72 Seliter

Kerajaan ketika ini telah melakukan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan terbaru, untuk tempoh 9 Jun hingga 15 Jun 2022 kelak.

Melalui penetapan harga runcit mingguan baharu ini, kini harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter, membawa kepada harga RM4.72 seliter.

Manakala RON95, pula masih kekal pada harga RM2.05 seliter dan Diesel RM2.15 mengikut harga siling yang ditetapkan kerajaan. 

Meskipun RON97 terus meningkat memghampiri paras RM5 namun Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, dari semasa ke semasa.