Artikel

Apple Menyertai Arena BNPL Melalui Apple Pay Later

BNPL (Bayar Nanti, Pakai Lekas) merupakan salah satu trend dalam arena kewangan kini, memudahkan orang ramai melakukan pembelian, dan mengubah pembayaran dalam bentuk ansuran atau membayarnya pada penghujung bulan selepas menerima gaji.

Terbaru, Apple turut memperkenalkan penawaran mereka tersendiri, dinamakan Apple Pay Later.

Melalui penawaran Apple, ia akan hadir terbina pada Apple Wallet di iOS 16 – dan menyokong semua pembayaran yang boleh dibayar melalui Apple Pay.

Apple secara automatik akan pecahkan bayaran kepada empat ansuran bulanan, tanpa sebarang caj faedah.

Buat masa ini, Apple Pay masih tidak disokong di Malaysia. Tetapi, sekiranya anda di luar negara, boleh mencuba ciri baharu ini kelak selepas iOS 16 dilancarkan.