Artikel

MOF Bakal Bentang Rang Undang-Undang Tanggungjawab Fiskal – Kupas Isu Asas Cukai

Kementerian Kewangan (MOF) tidak lama lagi pada 18 Julai, akan membentangkan Rang Undang-Undang Tanggungjawab Fiskal dalam sesi sidang Parlimen.

Pembentangan tersebut menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada sidang Akauntan Antarabangsa hari ini (8 Jun) pihaknya akan menyentuh perihal asas cukai negara merangkumi perluasannya, penambahbaikan aturan dan pengurusan dalam kutipan hasil negara.

Agenda ini dilihat penting untuk memastikan pendapatan negara terus terjamin bagi menyokong usaha pembaharuan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Pentadbiran negara juga mengikut laporan, kekal menyokong aspirasi ESG iaitu alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam ekosistem perniagaan. Usaha itu akan membantu Malaysia meningkatkan daya tahan pertumbuhan dan sosio-ekonomi tempatan.