Sarawak menjelaskan pejawat perkhidmatan awam di bawah kerajaan negeri tersebut dibolehkan untuk terus menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa kebangsaan selaku bahasa rasmi pada tugasan mereka.
Penjelasan Premier Sarawak, Abang Johari Openg ini adalah tertakluk dengan pendirian mengikut Perlembagaan Sarawak. Menurutnya tiada tindakan penalti akan diberikan sekiranya penggunaan bahasa Inggeris dilaksanakan.
Maka, orang awam tidak perlu terkeliru akan penetapan tersebut dalam khidmat awam Sarawak.
Pihaknya menjelaskan, penjawat awam Sarawak dan Persekutuan memiliki aturan yang berbeza dari aspek penyelarasan bahasa tersebut. Dan kerajaan negeri melihat kepentingan penguasaan bahasa Inggeris wajar ditekankan demi kepentingan meneroka manfaat baru dalam pertumbuhan.