Carsome, medium jualan kereta terpakai di Asia Tenggara kini merancakkan strategi pemasarannya menerusi pembukaan pusat pameran kereta terbesarnya di Malaysia, Carsome PJ Automall.
Langkah ini menawarkan kemudahan untuk para pengguna memandu uji kenderaan, meninjau dan memilih pilihan kereta yang tersedia di platform.
Tidak hanya itu, pengenalan pusat pameran yang memiliki keluasan lebih 100,000 kaki persegi ini turut menampilkan kemudahan bagi khidmata estetik kereta merangkumi perincian penyelenggaraan kenderaan. Adanya pengenalan ini, ia sekaligus menyasarkan peningkatan jualan bakal dicapai syarikat.
Seterusnya ia turut membantu industri automotif memperkasakan permintaan kenderaan secara atas talian dalam kalangan pengguna tempatan.
Berdasarkan perkongsian Carsome, pusat pameran ini berupaya memuatkan lebih 200 kereta daripada inventori atas talian Carsome yang semakin pesat – iaitu memiliki lebih 1,600 kereta meliputi SUV, MPV, 4×4, sedan sehinggalah kereta mewah.
Selain perluasan tersebut, Carsome turut memiliki perancangan untuk menawarkan jualan kenderaan elektrik (EV) pada operasinya tidak lama lagi.