Artikel

Turki Kini Dikenali Sebagai Turkiye

Bagi memastikan orang awam dan penduduk global tidak terkeliru akan definisi makna perkataan – negara Turki kini menjenamakan semula negara mereka dalam bahasa Inggeris sebagai Turkiye iaitu Rebuplik Turkiye (Turkiye Cumhuriyeti).

Perubahan nama negara tersebut menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah bertujuan mempromosikan imej negara mereka, disamping memperbetulkan peralihan bahasa ke dalam makna Inggeris dan penggunaan penduduk global.

Buat pengetahuan umum, laporan AFP memaklumkan nama Tukiye ini sememangnya telah menjadi sebahagian daripada cara sebutan negara mereka iaitu Turkiye disebut sebagai ‘Tur-kee-yey’.

Menerusi usaha perubahan itu, Turkiye juga kini dimaklumkan dalam percubaan untuk menukar jenama produk keluaran negara mereka kepada ‘diperbuat dari Turkiye’. Langkah itu akan membantu ekonomi negara mereka memperbaharui cerminan baharu negara.