Artikel

CIMB Sedia Pembiayaan RM100 Juta – Galakkan Perniagaan Pacu Amalan Lestari

CIMB Group, dalam usaha memberi galakkan kepada perniagaan untuk terus memacu kelestarian – kini pihak perbankan menyediakan medium pembiayaan berjumlah RM100 juta menerusi Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF).

Adanya pemerkasaan menyesuaikan perniagaan dengan amalan karbon rendah ini ia berpotensi meningkatkan daya tahan operasi.

Agenda itu sekaligus merangkumi pembiayaan bebas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berpeluang terima faedah pembiayaan cagaran sehingga RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan kadar faedah serendah hingga 5% setahun.

Agenda ini sekaligus tidak hanya merancakkan pertumbuhan ekonomi tetapi turut selari dengan matlamat Malaysia, yang ingin neutral karbon menjelang 2050.

Buat pengetahuan umum, CIMB bersana CIMB Islamic Bank ingin mencapai sasaran penawaran pembiayaan mampan sekitar RM30 bilion menjelang 2024 kepada pengguna melalui LCTF – bagi memastikan kemudahan dana terus membantu ekosistem firma negara.