Serba Dinamik Holdings, minggu ini telah menyenaraikan dua asetnya yang bernilai RM220 juta bagi tindakan pelupusan sebagai sebahagian langkah skim pengaturan pembayaran bersama pemiutang.
Pada pemfailan di Bursa Malaysia, antara aset terlibat adalah Chakravartjy Technologies dan Bharath Technologies. Kedua-dua pelupusan aset ini diperincikan bernilai sekitar RM22.08 juta
Mengikut perkembangan semasa, 6 pemberi pinjaman telah mencapai penyelesaian bersama Serba Dinamik berhubung pelaksanaan skim pengaturan yang mencadangkan pulangan 100% kepada para pemiutang.
Antara yang terlibat adalah HSBC Amanah Malaysia, Ambank Islamic, Bank Islam, MIDF Amanah Investment, Standard Chartered dan United Overseas Bank pada pemfailan petisyn penggulungan terhadap firma, bulan lalu.